← Back to list
Pasukan Moto2 Petronas Sprinta Racing sambar Xavi Vierge
Sep 05, 2019
Pasukan Moto2 Petronas Sprinta Racing sambar Xavi Vierge
Foto - Petronas SRT
Pasukan Moto2 Petronas Sprinta Racing hari ini menandatangani pelumba Sepanyol, Xavi Vierge untuk saingan 2020.
Kehadiran Vierge yang baru berusia 22 tahun itu bakal menyaksikan pasukan itu bakal mempunyai dua orang pelumba, musim depan.
Pasukan Moto2 Petronas Sprinta Racing ketika ini diwakili Khairul Idham Pawi yang masih berehat panjang akibat kecederaan.
-----
Selepas Jepun, FAM mahu hantar pemain ke Korea
Foto - Stadium Astro
Persatuan Bola Sepak Malaysia akan bertemu Persatuan Bola Sepak Korea bagi membincangkan program latihan babitkan pemain negara ini di kelab-kelab K-League, minggu depan.
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, ia merupakan kesinambungan daripada kerjasama yang dilakukan bersama Persatuan Bola Sepak Jepun sebelum ini.
FAM bercadang untuk menghantar sekurang-kurangnya seorang atau dua pemain Malaysia untuk mengikuti latihan bersama-sama pasukan kelab di Korea Selatan.
-----
JDT tandatangani pemain berusia lima tahun
Foto - Johorsoutherntigers
Kelab bolasepak sensasi tanah air, JDT bakal menandatangani pemain muda berbakat, Tengku Sulaiman Shakirinal Sulaiman Shah yang baru berusia lima tahun.
Aksi lincah pemain TSS Selangor Elite FC itu yang merupakan cucu saudara Permaisuri Agong viral di Twitter, baru-baru ini.
Pengarah teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, penyertaan Tengku Sulaiman bersama skuad Harimau Selatan adalah atas persetujuan bersama kedua ibu bapanya.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi