← Back to list
Pelumba tempatan boleh ke luar negara
Jun 22, 2020
Pelumba tempatan boleh ke luar negara
Foto - Petronas Yamaha SRT
Pelumba negara yang menyertai Kejuaraan Dunia MotoGP dapat kebenaran daripada kerajaan untuk beraksi di Jerez, Sepanyol.
Ketua pasukan PETRONAS Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali berkata, perkara dimaklumkan pihak Litar Antarabangsa Sepang hari ini, namun pihaknya perlu menunggu surat rasmi Kementerian Belia dan Sukan terlebih dahulu.
Katanya, lelulusan itu bukan sahaja kepada pelumba Petronas Yamaha SRT dari Malaysia tetapi juga pelumba negara dari pasukan lain yang terlibat dengan perlumbaan di Jerez itu.
-----
The Bos Gaurus kembali ke padang
Foto - Perak TBG
Skuad Perak kembali jalani latihan secara berkumpulan buat kali pertama hari ini selepas berehat panjangsusulan pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lepas.
Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic berkata, latihan di Stadium Perak di Ipoh itu melibatkan 25 pemain keseluruhannya yang dipecahkan kepada tiga kumpulan dengan setiap sesi latihan selama 45 minit.
Katanya, walaupun pemain terpaksa menjalani latihan mengikut SOPyang ditetapkan, ia sudah memadai bagi meningkatkan kembali tahap kecergasan pemain sebelum aksi Liga Super bersambung semula.
-----
FAM nafi Kalonda berpeluang cerah sertai Harimau Malaya
Foto - Vocket FC
Persatuan Bola Sepak Malaysia menolak khabar angin mengatakan Marcel Kalonda mempunyai peluang cerah menyarung jersi pasukan kebangsaan.
Sebaliknya, FAM masih lagi meneliti kesemua dokumen yang telah dihantarkan pemain kelahiran Congo itu bagi membuktikan dia memang ada kaitan dengan Malaysia.
Malah, Kalonda juga perlu menjalani beberapa proses lagi, sebelum badan induk itu membuat keputusan sama ada beliau boleh menyertai pasukan kebangsaan atau tidak.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi