← Back to list
Pemain Argentina terus jadi pilihan JDT
Jan 18, 2021
Pemain Argentina terus jadi pilihan JDT
Foto - Football Tribe
Kelab sensasi, JDT sahkan pihaknya telah menandatangani pemain dari Argentina, Jonathan Herrera sebagai penyerang import baru pasukan itu.
Ia percaya, Herrera adalah pemain yang sesuai kerana umurnya dan cara beliau bermain sesuai dengan corak permainan skuad Harimau Selatan.
Herrera akan diperkenalkan secara rasmi selepas dia selesai jalani tempoh kuarantin dan akan mengumumkan penyertaan dua lagi pemain selepas itu.
-----
FAM mahu kemelut Norizam dan MFL selesai secara baik
Foto - Berita Harian
Persatuan Bola Sepak Malaysia menggesa agar kemelut antara pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman dengan pihaknya dan MFL diselesai secara baik.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi mahu kesemuanya bersemuka bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap salah faham yang timbul.
Kemelut timbul ekoran laporan media yang mendakwa Kelantan FC boleh dikenakan pemotongan mata Liga Premier ekoran masalah tunggakan gaji.
-----
STL Champions Cup bersambung sebaik PKP berakhir
Foto - Sepak Takraw League Champions Cup
Saingan sepak takraw Piala Juara-Juara STL di Iskandar Puteri, Johor yang terpaksa dihentikan sementara akan disambung semula sebaik pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
Persatuan Sepak Takraw Malaysia berkata, pemain negara yang beraksi pada kejohanan itu telah kembali ke MSN, Bukit Jalil bagi menyambung semula sesi latihan pusat, manakala selebihnya pulang ke negeri masing-masing.
Tambah PSM, jika dibenarkan, pihaknya akan beri peluang kepada pasukan bertandinguntuk membuat latihan dalam lima hari ke seminggu sebelum saingan disambung semula.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi