← Back to list
Penonton masih belum boleh ke stadium - KBS
Oct 02, 2020
Foto : Stadium Astro
Kementerian Belia dan Sukan masih tidak dapat melaksanakan Fasa 5 dan 6 untuk sektor sukan dan rekreasi ekoran peningkatan kes COVID-19 di Malaysia ketika ini.
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican berkata pihaknya enggan ambil langkah terburu-buru kemudian menarik balik keputusan itu seperti yang dibuat sesetengah negara.
Fasa 5 merujuk kepada kehadiran penonton ke stadium dalam bilangan kecil manakala Fasa 6 melibatkan bilangan penonton yang besar dan penyertaan atlet luar negara dalam kejohanan tempatan.
Foto : Stadium Astro
Dalam pada itu, Datuk Seri Reezal tiada halangan sekiranya Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin ingin terajui Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia.
Ini selepas Khairy disifatkan sebagai calon paling sesuai untuk membawa perubahan kepada persatuan tersebut oleh beberapa pihak termasuk bekas pelumba basikal negara.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi