← Back to list
Percaturan Amirul Fakhruddin bantu TSG tawan peringkat ketiga ToP
Oct 17, 2019
Percaturan Nur Amirul Fakhruddin Mazuki nyata membuahkan hasil apabila dia berjaya membantu pasukan Terengganu Cycling Team takluk peringkat ketiga Tour of Peninsular 2019 dari Kuantan ke Karak.
Selepas meninggalkan peloton bersama pelumba Iran, Amir Kolahdozhagh dari pasukan Taiyuan Miogee Cycling Team, Amirul tidak lagi menoleh kebelakang untuk sampai ke garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 49 minit dan 59 saat.
Seorang lagi pelumba TSG, Mohd Harrif Saleh yang berada dalam kelompok besar pula sekali lagi berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Kejayaan itu juga menyaksikan Amirul yang muncul juara Tour de Siak, baru-baru ini berjaya merampas Jersi Kuning (Pendahulu Keseluruhan), Jersi Putih (Pelumba Terbaik Asia) dan Jersi Biru (Raja Pecut).
Jersi Merah (Raja Bukit) pula kekal miliki pelumba Indonesia, Aiman Cahyadi yang mewaikil pasukan PGN Road Cycling Team yang kini mengumpul 10 mata, dua mata di depan pelumba Team Sapura Cycling, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff.
Kedudukan ini bagaimanapun dijangka berubah pada peringkat keempat esok yang akan bermula di Sungai Koyan ke Cameron Highlands sejauh 89.5 kilometer.
Peringkat 'Queen Stage' ini bakal memerah keringat para pelumba dengan menawarkan dua Zon Pecutan di Kg. Tiat dan Kg. Leryar serta dua Zon Pendakian Kategori 1 di Ringlet dan Tanah Rata.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi