← Back to list
Peringkat kedua ToP saksi kebangkitan pelumba negara
Oct 16, 2019
Peringkat kedua ToP saksi kebangkitan pelumba negara
Foto - Tour of Peninsular
Pelumba skuad kebangsaan, Muhammad Danieal Haikal Edy Suhaidee dan Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff dari pasukan Team Sapura Cycling masing-masing menyarung jersi Pelumba Terbaik Asia dan Raja Bukit, tamat peringkat kedua Tour of Peninsular 2019.
Pasukan benua tanah air, Terengganu Cycling Team yang sedikit tenggelam semalam turut kembali ke podium menerusi Mohd Harrif Saleh yang menduduki tempat ketiga.
Perlumbaan dari Kuala Terengganu ke Chukai itu dimenangi pelumba Afrika Selatan, Rohan Du Plooy dari pasukan ProTouch yang turut mengekalkan Jersi Pecut namun Jersi Pedahulu Keseluruhan kekal milik pelumba skuad kebangsaan Azerbaijan, Elchin Asadov.
-----
Chen Long sekat hajat Lee Zii Jia
Foto - New Straits Times
Hasrat Lee Zii Jia untuk mengulangi pencapaian menewaskan jaguh China, Chen Long pada badminton Terbuka Indonesia, Julai lalu tidak kesampaian.
Perseorangan lelaki negara itu tewas kepada Chen Long pada pusingan pertama badminton Terbuka Denmark, hari ini.
Namun pujian tetap diberikan kepada Zii Jia yang cuba bangkit dengan mengheret perlawanan sehingga ke rubber set sebelum tewas 21-18, 15-21 dan 21-16.
-----
RapidKL sedia bawa peminat saksikan MotoGP
Foto - F1 Destinations
Rapid KL akan sediakan perkhidmatan bas perantara khas untuk peminat menyaksikan kejuaraan MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang dari 1 hingga 3 November ini.
Bas berkenaan disediakan dari tiga lokasi strategik iaitu stesen KL Sentral, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan hab bas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2.
Tiket-tiket sudah dijual bermula hari ini di stesen LRT terpilih iaitu KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Pasar Seni serta kaunter kad konsesi MyRapid hab bas Pasar Seni.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi