← Back to list
Piala Malaysia Tetap Ditangguh.
Nov 12, 2020
Saingan Piala Malaysia musim ini tetap akan ditangguh.
Ini selepas Majlis Keselamatan Negara tolak rayuan MFL dan FAM untuk meneruskan saingan itu.
Menteri Kanan Keselamatan berkata pihaknya perlu konsisten dalam membuat keputusan bagi menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat daripada jangkitan COVID-19.
Selain Piala Malaysia, beberapa kejohanan sukan lain turut ditangguhkan termasuk temasya Sukma Johor yang dijadual berlangsung Mac tahun depan.
Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan JDT tidak dibenarkan untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia di Doha.
Ini kerana polisi kerajaan ketika ini yang tidak membenarkan pergerakan ke luar negara secara beramai-ramai ekoran pandemik COVID-19.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi