← Back to list
Presiden KFA sedia undur diri
Oct 01, 2020
Presiden KFA sedia undur diri
Foto - Astro Awani
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bercadang menyerahkan tugas dan urusan bola sepak negeri itu kepada pihak lebih layak.
Beliau yang juga Menteri Besar Kedah menerusi Facebook menjelaskan, langkah itu diambil demi memajukan lagi sukan itu di negeri berkenaan.
Namun Sanusi berkata, beliau hanya akan berbuat demikian selepas selesaikan masalah tunggakan hutang KFA berjumlah lebih RM10 juta terlebih dahulu.
-----
Kedah perhebat buruan ke Piala AFC 2021
Foto - Berita Harian
Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak menjangkakan saingan sengit pada dua perlawanan terkahir Liga Super bagi memburu tempat ke saingan Piala AFC 2021.
Namun, pengendali dari Singapura itu enggan memikirkan mengenai perkara tersebut dan mahu fokus untuk pertemuan dengan Melaka United di Alor Setar, Ahad ini.
Beliau mahu pastikan segala strategi akan berhasil sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan untuk rampas kembali kedudukan kedua daripada Perak.
-----
Kem latihan pusat PSM babitkan anggota bomba?
Foto - Persatuan Sepak Takraw Malaysia
Persatuan Sepak Takraw Malaysia dijangka membabitkan penyertaan anggota bomba dalam kem latihan pusat lasak yang dirancang, akhir tahun ini.
Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, langkah berkenaan adalah bagi meningkatkan kekuatan mental dan fizikal serta stamina pemain negara.
Ia juga katanya sebagai persediaan sebelum menghadapi beberapa kejohanan antarabangsa termasuk Sukan SEA ke-31 di Vietnam, tahun depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi