← Back to list
Razlan minta peminat bersabar
Nov 23, 2020
Razlan minta peminat bersabar
Foto - Petronas SRT
Prinsipal Petronas Sepang Racing Team, Datuk Razlan Razali minta peminat tanah air bersabar untuk melihat kelibat pelumba negara bersama pasukan itu.
Ini kerana katanya, pelumba pelapis masih belum bersedia untuk Kejuaraan Dunia 2021 manakala program pembangunan di Kejuaraan CEV dan lain-lain lagi masih berjalan seperti biasa.
Wakil musim ini, Khairul Idham Pawi tidak disambung kontrak oleh Petronas SRT ekoran prestasi hambarnya yang gagal memungut sebarang mata dalam kelas Moto3.
-----
Kecergasan pemain bikin Cheng Hoe bimbang
Foto - Bernama
Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe bimbang dengan tahap kecergasan pemain menjelang baki kempen Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia pada Mac tahun depan.
Ini kerana katanya, pemain negara ketandusan aksi kompetitif berikutan tiada perlawanan antarabangsa selain kempen Liga Malaysia musim ini yang dipendekkan ekoran pandemik COVID-19.
Tambah Cheng Hoe, situasi itu dilihat memberikan cabaran lebih buatnya dalam menyediakan pasukan terbaik tatkala UAE dan Vietnam telah memulakan persiapan lebih awal.
-----
Bruno Suzuki menaruh harapan
Foto - Vocket FC
Penyerang Terengganu FC II, Bruno Suzuki mengakui meletakkan harapan tinggi untuk terus kekal beraksi dalam saingan Liga Malaysia, musim depan.
Namun buat masa ini katanya, dia masih menunggu keputusan muktamad daripada pengurusan pasukan sama ada khidmatnya masih lagi diperlukan atau tidak.
Namun, pemain yang sudah empat musim beraksi dalam saingan Liga M itu difahamkan sudah tiada dalam perancangan skuad The Turtles, musim depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi