← Back to list
Red Giants bakal kembali ke padang
May 13, 2020
Red Giants bakal kembali ke padang
Foto - Semuanya Bola
Pasukan Liga Super, Selangor sudah mengambil langkah awal untuk menghadapi kemungkinan saingan Liga Malaysia bakal disambung semula, September ini.
Jurulatihnya, B Sathianathan berkata, pihaknya sudah merangka program untuk membolehkan skuad Red Giants mengadakan latihan yang dijangka bermula bulan depan.
Katanya, program latihan berkenaan akan mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) atau garis panduan yang ditetapkan kerajaan dalam mengekang penularan COVID-19.
-----
Tiada program sukan besar peringkat IPT
Foto - MASUM
Tiada program sukan besar peringkat Institut Pengajian Tinggi seperti MASUM, SUKIPT dan AUG akan dijalankan sehingga akhir tahun ini ekoran pandemik Covid-19.
Ketua Unit Sukan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr Pekan Ramli berkata, perkara itu bagaimanapun akan dirujuk dalam mesyuarat peringkat kementerian pada 20 Mei ini.
Beberapa isu juga akan dibincangkan mengenai persediaan IPT dalam menangani kesan pandemik terhadap beberapa perancangan program utama universiti dan kesannya terhadap warga universiti serta orang awam.
-----
PKP bantu Faisal Rosli pulih
Foto - Pahang FA
Pemain pertahanan Pahang, Mohd Faisal Rosli berkata, pelaksanaan PKP banyak membantunya dalam proses pemulihan kecederaan buku lali yang dialaminya.
Faisal yang alami kecederaan ketika bertemu PJ City FC, Mac lalu berkata, dia sudah pulih dan kini memulakan sesi latihan ringan bagi mempertingkatkan kembali stamina.
Tambahnya kepada Harian Metro, dengan penangguhan liga akibat Covid-19 ketika ini, dia berharap tempoh untuk kembali cergas dapat dicapai sebelum liga bersambung nanti.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi