← Back to list
SUKMA Johor bukan pada Disember
Mar 30, 2020
SUKMA Johor bukan pada Disember
Foto - SUKMA Johor
Penganjur SUKMA Johor beri jaminan temasya sukan dwitahunan itu yang ditangguhkan akibat wabak COVID-19 tidak akan diadakan pada Disember tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA Johor, On Jabbar @ Ja'afar berkata, ini kerana ia akan membantutkan persediaan atlet yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Selain SPM, faktor Monsun Timur Laut dari November hingga Mac turut diambil kira kerana berisiko membawa hujan berpanjangan dan banjir di beberapa negeri, termasuk Johor.
-----
Atlet Malaysia di luar negara selamat
Foto - Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan semua 48 atlet termasuk atlet profesional dan atlet di bawah persatuan sukan berada dalam keadaan baik dan selamat.
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kerajaan juga sedia membawa pulang kesemua atlet terbabit sekiranya keadaan wabak COVID-19 di luar negara menjadi bertambah buruk.
Untuk rekod, atlet Malaysia kini berada di 13 negara berlainan seperti Thailand, Amerika Syarikat, Australia, Jerman, United Kingdom, Jepun, Kanada, Sweden, Perancis, Switzerland, Singapura, Chinese Taipei dan Indonesia.
-----
Bincang isu kewangan pasukan secara tertutup
Foto - Fox Sports
Bekas kapten negara, Shukor Adan mahu perbincangan mengenai kedudukan kewangan pasukan Liga Malaysia diadakan secara profesional dan tertutup.
Beliau yang juga Exco PFAM memberi amaran kepada pasukan agar tidak menjadikan Covid-19 sebagai alasan untuk memotong gaji pemain secara melulu.
Shukor akui perkara itu harus dibincang secara telus tetapi secara dalaman tanpa perlu membuka pekung di dada demi kebaikan bersama.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi