← Back to list
Segera dapatkan kelulusan jalani latihan!
Jun 23, 2020
Foto : Liga Bolasepak Malaysia
Liga Bolasepak Malaysia, MFL kecewa dengan sikap majoriti pasukan yang seolah-olah tiada kemahuan untuk meneruskan baki saingan.
Menurut CEO-nya, masih ada pasukan yang belum mendapatkan kelulusan untuk kembali jalani latihan walaupun ia telah dibenarkan lebih awal.
Datuk Abdul Ghani Hassan berkata ia mungkin kerana mereka ada perancangan tersendiri memandangkan terdahulu MFL menjangkakan liga hanya akan diteruskan pada September.
Namun beliau ingatkan pasukan-pasukan terbabit mereka perlu bersedia kerana tidak mustahil saingan liga dibenarkan bermula lebih awal pada Ogos.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi