← Back to list
Sepak mula Piala Malaysia ditunda lagi
Oct 13, 2020
Sepak mula Piala Malaysia ditunda lagi
Foto - Malaysian Football Laague
Mengambil kira isu penularan pandemik COVID-19 ketika ini, MFL buat keputusan untuk menangguhkan sepak mula saingan Piala Malaysia.
Kejohanan berprestij itu kini dipinda ke tarikh baru iaitu 6, 7 dan 8 November 2020 dengan majlis undian diadakan pada 1 November.
Perancangan jadual baru itu juga telah mengambil kira perkara-perkara berkaitan termasuk tarikh iga Juara-Juara yang melibatkan JDT.
-----
Lang Merah tak setuju Sanusi letak jawatan
Foto - Free Malaysia Today
Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar berharap, Sanusi Md Nor menarik balik kenyataan untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden Kedah FA.
Ini kerana menurut Baddrol, berita-berita seumpama itu hanya merencatkan semangat skuad Lang Merah untuk terus bersaing musim ini.
Lagipun katanya, Sanusi juga merupakan seorang yang boleh menerima pendapat dan pandangan daripada pihak pengurusan dan juga pemain.
-----
Michelton-Scott tinggalkan Giro d'Italia
Foto - The Guardian
Pasukan berbasikal Australia, Mitchelton-Scott tarik diri daripada perlumbaan Giro d'Italia selepas empat kakitangannya didapati positif COVID-19.
Menurut UCI, dua pelumba lain termasuk bintang Belanda, Steven Kruijswijk daripada Jumbo-Visma turut didapati positif wabak itu.
Mitchelton berkata, penarikan diri itu sebagai tanggungjawab sosial kepada pelumba dan kakitangan, peloton dan penganjur perlumbaan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi