← Back to list
Sukan SEA : Situasi Covid-19 Di Vietnam Terkawal.
Apr 08, 2022
Kontinjen negara yang bakal ke Sukan SEA tidak perlu bimbang tentang situasi Covid-19 di Vietnam.
Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata hasil tinjauan beliau mendapati situasi di sana masih terkawal.
Beliau berharap semua atlet dan pegawai yang terlibat patuh SOP dan fokus untuk capai keputusan positif pada temasya tersebut.
Malaysia dijangka hantar lebih 800 atlet dan pegawai ke temasya dwitahunan itu bulan depan.
Sementara itu, skuad futsal negara tekad untuk kembali bangkit pada Sukan SEA Vietnam.
Malaysia sasar raih pingat gangsa pada temasya tersebut.
Baru-baru ini, skuad bimbingan Chiew Chun Yong gagal mara ke separuh akhir Kejuaraan Futsal AFF di Thailand.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi