← Back to list
TFC hadiah 'baju raya' buat penyokong
May 15, 2020
TFC hadiah 'baju raya' buat penyokong
Foto - Terengganu Football Club
Pasukan Liga Super Terengganu FC hadiahkan 'baju raya' terhad buat penyokong apabila melancarkan jersi edisi 'black out' yang akan dijual bermula esok.
Dengan tema 'Onyx is the new black', jersi terbabit pasti menjadi rebutan memandangkan TFC hanya menghasilkan 1,000 helai untuk dijual kepada penyokong setia skuad Penyu.
Terdahulu, juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor turut mengeluarkan jersi edisi khas berwarna hitam yang dikeluarkan kepada penyokong mereka, awal musim ini.
-----
PJBM tekankan kepentingan sains sukan
Foto - Bernama
Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia akui terdapat beberapa pasukan Liga Malaysia mengambil mudah aspek sains sukan dalam pengurusan skuad masing-masing.
Presiden PJBM, B Sathianathan beritahu Berita Harian, situasi ini secara tidak langsung memberi kesan kepada prestasi pemain-pemain pasukan terbabit.
Malah katanya, dengan kehadiran pakar yang berkualiti dan berpengalaman, seseorang pemain itu dapat pulih lebih cepat berbanding jika dikendalikan mereka yang kurang pakar.
-----
STL: Afifuddin mahu hapus badi
Foto - Stadium Astro
Pemain sepak takrar kebangsaan, Afifuddin Mohd Razali mahu hapuskan badi dua musim berturut-turut dengan mengemudi ATM Guardians muncul juara baru Liga Sepak Takraw (STL) musim ini.
Katanya, derita musim lepas tetap berbekas apabila Guardians kecewa merangkul kejuaraan liga apabila dipintas Perak Bison hasil kelebihan set menang biarpun kedua-dua pasukan itu berkongsi mata yang sama.
Pemenang pingat perak Sukan SEA Filipina itu dalam pada itu akui hanya jalani latihan secara individu di rumah selaras dengan PKPB yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi