← Back to list
TFC ikut cadangan MFL, FAM
May 05, 2020
TFC ikut cadangan MFL, FAM
Foto - Terengganu Football Club
Terengganu FC bersetuju dengan cadangan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menyambung semula Liga Super bermula September depan.
Pengurusnya, Ahmad Shahrizal Yahya berkata, TFC akan mengikut apa juga keputusan yang dibuat oleh MFL dan FAM demi keselamatan semua ketika negara berdepan dengan krisis Covid-19.
Berdasarkan kedudukan dalam carta liga sehingga 16 Mac lalu, TFC yang hanya mencatat satu kemenangan daripada tiga perlawanan kini berada ditangga kelapan dengan mengutip empat mata.
-----
KAFA mahu lebih banyak siaran langsung
Foto - Persatuan Bola Sepak Kelantan
Persatuan Bolasepak Kelantan mahu lebih banyak siaran langsung babitkan pasukan itu dan aksi Liga Perdana yang lain sekiranya Liga Malaysia disambung semula pada 1 September ini.
Pengerusi Jawatankuasa Penajaan KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, langkah itu perlu sebagai langkah memberi kredit kepada penaja pasukan selepas aksi liga dilangsungkan tanpa penonton.
Katanya, KAFA tetap akur dengan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang bercadang meneruskan saingan liga pada September nanti.
-----
Malaysia sedia bantu tuan rumah baru Sukan Para Asia
Foto - Majlis Paralimpik Malaysia
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) bersedia menghulurkan tangan kepada pengganti tuan rumah Sukan Para ASEAN 2020 selepas Filipina menarik diri, baru-baru ini.
Filipina menerusi Pesuruhjaya Sukan Filipina (PSC) minggu lalu membuat keputusan itu selepas beberapa kali menunda tarikh penganjuran dengan terbaru membatalkannya susulan penularan COVID-19.
Thailand antara negara yang sebelum ini pernah menawarkan diri sebagai pengganti tuan rumah temasya dwi tahunan itu, namun ia masih dalam bayangan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi