← Back to list
Tan Cheng Hoe kemudi Harimau Malaya dua tahun lagi
Oct 10, 2020
Tan Cheng Hoe kemudi Harimau Malaya dua tahun lagi
Foto - Bernama
Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sahkan kepada ARENA, FAM telah menyambung kontraknya selama dua tahun lagi sehingga penghujung 2022.
Untuk itu, beliau menyasarkan untuk membawa skuad kebangsaan layak ke Piala Asia dan pada masa sama ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia.
Namun Cheng Hoe akui beliau seorang sahaja tidak mampu melakukan sesuatu dan pemain juga pasti ingin melakar sesuatu dalam kerjaya bola sepak mereka.
-----
KAFA akan bertanggungjawab selesaikan baki hutang lapuk
Foto - Berita Harian
Persatuan Bola Sepak Kelantan akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk melangsaikan baki tunggakan hutang lapuk sekiranya wang hasil penjualan saham Team The Red Warriors kepada usahawan Norizam Tukiman tidak mencukupi.
Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata, keseluruhan hutangnya berjumlah 8 juta ringgit dan pihaknya tidak akan lepas tangan dalam urusan tersebut.
Untuk itu, pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk melangsaikan baki hutang berkenaan yang melibatkan stadium dan beberapa agensi berkaitan.
-----
PSM tangguh semua kejohanan takraw
Foto - Persatuan Sepaktakraw Malaysia
Persatuan Sepaktakraw Malaysia tangguhkan semua kejohanan anjurannya, termasuk Sepak Takraw League, STL Youth dan Piala Tun Dato’ Seri Haji Ahmad Sarji Siri 1/2020 sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, langkah itu diambil berikutan seorang penumpang yang berada di dalam bas dinaiki seorang pegawai STL 2020 dua minggu lepas didapati positif COVID-19.
Katanya, tarikh baharu pertandingan akan ditetapkan selepas mendapat keputusan ujian saringan COVID-19 pegawai terbabit dan meminta semua pihak memberikan kerjasama dalam memerangi pandemik itu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi