← Back to list
The Pheonix tekad kejutkan JDT
Sep 24, 2020
The Pheonix tekad kejutkan JDT
Foto - Stadium Astro
Petaling Jaya City FC tekad cipta kejutan ke atas pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam esok.
Ketua jurulatihnya, K. Devan akui hanya keputusan positif ke atas skuad Harimau Selatan mampu menghidupkan peluang kekal bersaing dalam liga itu musim depan.
Berbaki tiga perlawanan, PJ City FC kini menghuni tangga ke-10 daripada 12 pasukan Liga Super dengan mengumpul tujuh mata menerusi satu kemenangan dan empat seri.
-----
Casas kembali ke pangkuan Pahang Rangers FC
Foto - Asean Football
Skuad futsal Pahang Rangers FC sahkan, jurulatihnya, Gerard Casas yang terkandas di Sepanyol akibat Covid-19 akan kembali membimbing pasukan itu, bulan depan.
Penolong jurulatih, Ahmad Ridzuan Abdul Halim berkata, kehadiran semula Casas dilihat memberi suntikan semangat selepas hampir sembilan bulan berehat.
Difahamkan, Casas akan menjalani kurantin wajib selama 14 hari sebaik tiba di Malaysia sebelum kembali menyertai pasukan itu untuk tindakan selanjutnya.
-----
Kelantan FC bakal miliki pusat latihan sendiri
Foto - Facebook Kelantan FA
Kelantan FC bakal miliki pusat latihan mereka sendiri apabila pemiliknya, Norizam Tukiman sedia melabur antara RM5 juta hingga RM10 juta bagi merealisasikan impian itu.
Norizam berkata, pusat latihan itu mengikut acuan The Red Warriors berpandukan kepada bajet itu sambil berpaksikan modul pembangunan bola sepak di Eropah dan Jepun.
Namun ahli perniagaan dari Johor itu memaklumkan, lokasi pusat latihan berkenaan masih belum dimuktamadkan dan masih dalam perbincangan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi