← Back to list
Tiga pasukan Liga-M dalam bahaya
Aug 14, 2020
Tiga pasukan Liga-M dalam bahaya
Foto - Football Association of Malaysia
Tiga pasukan Liga Malaysia iaitu dua dari Liga Super dan satu dari Liga Premier masih belum mulakan proses penswastaan kelab yang akan berakhir pada 31 Ogos ini.
Menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tiga pasukan terbabit sudah diberitahu mengenai perkara itu namun belum berbuat apa-apa manakala lima pasukan lagi bergerak perlahan.
FAM bagaimanapun akan terus membantu pasukan terbabit bagi membolehkan mereka memperoleh lesen kebangsaan ntuk beraksi dalam Liga-M, musim depan.
-----
Hafizh Syahrin mahu bersara?
Foto - Aspar Team
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah cetus persoalan berhubung masa depannya di kejuaraan motosikal dunia itu.
Menerusi satu status di Instagram, Hafizh beri gambaran ini merupakan tahun terakhirnya selepas 13 tahun dalam sukan permotoran.
Hafizh kini berlumba untuk pasukan Aspar Team selepas dua musim dalam kelas perdana MotoGP bersama pasukan Yamaha Tech3 dan KTM Tech3.
-----
Pelumba TSG catat kejuaraan hatrik di Rusia
Foto - Eurosport
Pelumba basikal Terengganu Inc. Cycling Team (TSG), Artem Ovechkin muncul juara acara ujian masa individu Kejohanan Kebangsaan Rusia 2020.
Ini merupakan kali ketiga berturut-turut juara keseluruhan Le Tour de Langkawi 2018 itu muncul pemenang acara tersebut.
Pelumba berusia 34 tahun itu mula menyertai pasukan pro benua tanah air dari Pantai Timur itu pada 2018.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Hari Minggu
7 pagi, 7.30 pagi, 8 pagi, 8.30 pagi, 9 pagi, 5 petang, 6 petang
Hujung Minggu
8 pagi, 9 pagi, 10 pagi