Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Gelombang Haba di Jeli & Temerloh

Apr 04, 2024


Jeli dan Gua Musang di Kelantan serta Temerloh di Pahang rekodkan gelombang haba.

Ini selepas kawasan terbabit mencatatkan suhu maksimum sehingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut. 

MetMalaysia turut maklumkan terdapat 20 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak rekodkan suhu panas tahap berjaga-jaga. 

Antara kawasan yang terlibat ialah seluruh Perlis, Baling di Kedah, Kuala Kangsar di Perak, Jelebu di Negeri Sembilan dan Dungun di Terengganu. 

Sementara di Sarawak ia melibatkan kawasan Mukah dan Limbang manakala di Sabah membabitkan Tuaran dan Tenom. 

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Kelantan luluskan peruntukan tambahan RM100,000 untuk bina telaga tiub bagi atasi masalah bekalan air ketika musim kemarau. 

--- 

Semua menteri diarahkan turun padang untuk melihat sendiri keadaan semasa bagi pantau harga barang sempena Aidilfitri. 

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata perkara itu ditegaskan Perdana Menteri susulan maklum balas yang diterima beliau dalam beberapa siri program.  

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mahu siasatan dijalankan terhadap laporan yang menunjukkan terdapat kenaikan harga makanan walaupun harga beras dan ayam turun. 

 

 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca