← Back to list
Pengusaha Bas Sekolah, Syarikat Boleh Rayu Subsidi Diesel
Jun 16, 2024
Pengusaha bas sekolah dan syarikat yang tidak menerima subsidi susulan penyasaran subsidi diesel masih boleh membuat rayuan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya layak, permohonan mereka akan dipertimbangkan.
Beliau juga sekali lagi memberi amaran, pengusaha bas sekolah yang menerima subsidi tetapi menaikkan harga tambang, lesen mereka akan ditarik.
-----
Dua laporan polis diterima berhubung kebocoran maklumat kertas siasatan berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan, laporan polis dibuat oleh ahli keluarga mangsa dan pegawai penyiasat kes tersebut.
Siasatan sedang dijalankan di bawah undang-undang berkaitan termasuk Akta Rahsia Rasmi dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
-----
JPJ keluarkan kira-kira 47,000 notis kesalahan sepanjang lima hari Ops Hari Raya Aidiladha yang dijalankan di seluruh negara, sejak 10 Jun lalu.
Notis saman paling tinggi membabitkan tiada lesen memandu kompeten dengan lebih 12,000 diikuti Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh dan teknikal.
Hampir 1,500 saman pula dikeluarkan untuk beberapa kesalahan utama yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya termasuk melanggar arahan lampu isyarat merah.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca