← Back to list
PRK DUN Nenggiri: SPR Mesyuarat Minggu Depan
Jun 20, 2024
SPR sudah terima makluman rasmi mengenai kekosongan kerusi luar jangka DUN Nenggiri, Kelantan.
Justeru mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil DUN itu akan diadakan pada 28 Jun nanti.
Kerusi DUN Nenggiri kosong ekoran penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim hilang keahlian BERSATU pada 13 Jun lalu.
---
Kerajaan sudah meluluskan 100, 000 permohonan bantuan tunai subsidi diesel di bawah inisiatif Budi Madani.
Kementerian Kewangan memaklumkan, hampir 80,000 daripada pemohon sudah terima bayaran.
Mereka yang buat permohonan sebelum hujung bulan ini pula akan terima bayaran awal bulan depan.
Bantuan tunai RM200 sebulan itu adalah untuk tampung perbelanjaan tambahan bagi lebih 80 peratus pemilik kenderaan diesel individu.
---
Orang ramai dilapor selamatkan seorang lelaki warga emas uzur yang ditinggalkan sendirian di kaki lima dekat Pasar Borong Selangor.
Mangsa mendakwa dia dipaksa keluar dari sebuah pusat jagaan selepas mengadu kepada pelawat sering diberi makanan hampir basi.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca