← Back to list
KKM, syarikat telekomunikasi bekerjasama beri percuma Talian HEAL 15555
Jun 25, 2024
KKM sedang bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk membolehkan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental atau Talian HEAL 15555 diberikan secara percuma.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata langkah itu bagi memudahkan orang ramai menghubungi khidmat tersebut.
Talian HEAL telah menerima lebih 46 ribu panggilan sejak ia dilancarkan pada 2022.
Lebih separuh daripada pemanggil itu telah menerima sokongan dan bantuan emosi.
__
Skytrax senaraikan Malaysia Airlines di tangga ke 39 terbaik dunia tahun ini berbanding di tempat 47 tahun lalu.
Qatar Airways pula dinamakan sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia, diikuti Singapore Airlines.
__
Dan seorang lelaki mengaku tidak bersalah membelasah isterinya yang baru habis berpantang, selepas ditangkap curang di sebuah hotel di Port Dickson bulan lepas.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca