← Back to list
Eskalator pecah di pusat beli-belah di Lembah Klang
Jun 29, 2024
Kejadian eskalator pecah dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang.
Ini selepas gambar insiden berkenaan viral di media sosial.
Menurut NST, tiada kecederaan dilaporkan dan masih belum ada kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak berhubung insiden tersebut.
__
4 cedera selepas kenderaan pacuan empat roda milik Jabatan Kemajuan Orang Asli bergesel dengan kenderaan lain sebelum terbalik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Polis meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil bagi bantu siasatan.
__
Polis menahan seorang wanita OKU susulan aksi berbahaya anak perempuannya yang juga kanak-kanak OKU duduk di tingkap terbuka ketika kenderaan sedang bergerak.
__
Hampir 160 ribu lepasan SPM 2023 ditawarkan lanjut pengajian di IPTA.
Kementerian Pendidikan Tinggi maklumkan kira-kira 214 ribu permohonan layak telah diterima menerusi UPUOnline.
Sementara itu, calon yang tidak layak boleh membuat rayuan di portal yang sama sehingga 7 Julai depan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca