Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Wanita Ditahan Berkaitan Ugutan Terhadap Esha

Jul 09, 2024


Polis Kuala Lumpur tahan seorang wanita berkaitan ugutan terhadap pempengaruh media sosial, Esha yang dijumpai meninggal dunia di rumahnya.  

Polis juga sedang mengesan seorang lagi pemilik akaun Tik Tok yang dilapor membuat hantaran ugutan.  

Khamis lalu, mendiang Esha yang juga seorang aktivis ditemui meninggal dunia di rumahnya, sehari selepas buat laporan polis berhubung ugutan jenayah dan fitnah terhadapnya.  

Sementara itu baru-baru ini, Menteri Komunikasi memaklumkan beliau akan bertemu dengan semua penyedia platform media sosial akhir bulan ini bagi memperincikan pengurusan isu buli siber.  

Ujar Fahmi Fadzil, kementerian tidak berpuas hati dengan komitmen mereka dalam mengendalikan aduan berkait perkara berkenaan. 

--- 

Kanak-kanak 2 beradik kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan dalam keadaan kritikal, diberitakan akibat termakan keropok yang mengandungi racun tikus. 

Mangsa dipercayai termakan keropok dicampur racun tikus itu yang sering digunakan penduduk berhampiran bagi memerangkap monyet. 

---  

Seorang pemilik kebun disamun 10 lelaki bertopeng dan bersenjata pistol yang mendakwa sebagai polis dalam kejadian di Kuala Krai.  

Polis Kelantan sedang giat buru penyamun berkenaan yang melarikan wang tunai, barangan berharga dan sebuah kenderaan pacuan 4 roda milik mangsa. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us