Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

RM100 Juta Untuk Tabung Wakaf MARA Madani

Jul 23, 2024


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju mempercepatkan penyaluran dana awal RM100 juta kepada Tabung Wakaf MARA Madani. 

Dana itu antaranya akan digunakan untuk membantu golongan pelajar yang susah dan keluarga berpendapatan rendah.

Menurut MARA, ia akan dilaksanakan sebaik pihaknya dapat kelulusan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang bertindak sebagai pengurus dana itu.  

---  

2 lelaki dan seorang wanita ditahan berkaitan kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan di Iskandar Puteri, Sabtu lalu.  

Namun polis Johor memaklumkan, setakat ini kanak-kanak berusia 6 tahun itu masih belum ditemui. 

Sementara itu beberapa individu dan syarikat tampil buat tawaran kira-kira RM70,000  sebagai ganjaran untuk maklumat yang membawa kepada penemuan kanak-kanak itu dengan selamat. 

--- 

Penerbangan khas bawa pulang rakyat Malaysia dari Bangladesh dilapor telah berlepas dari KLIA 2 pada 7.30 pagi tadi.  

Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan memaklumkan, rakyat Malaysia yang berada di negara sedang bergolak itu dijadualkan dibawa pulang hari ini. 

Semalam, beliau nafi dakwaan kononnya Wisma Putra lepas tangan berhubung keselamatan pelajar Malaysia di Bangladesh. 

Sementara itu keadaan ibu kota Bangladesh, Dhaka dilapor semakin tenang dan perintah berkurung telah dilonggarkan. 

Sebelum ini perintah berkurung terpaksa dikuatkuasakan ekoran kekacauan susulan tunjuk perasaan golongan pelajar terhadap dasar kerajaan. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca