← Back to list
Waspada dengan panggilan individu tidak kenali
Aug 17, 2024
MCMC gesa orang ramai agar terus berhati-hati dengan panggilan individu tidak kenali menyamar sebagai pegawainya.
Tegasnya, sebarang pemberitahuan rasmi akan dibuat menerusi saluran rasmi seperti e-mel, laman web atau media sosial rasmi sahaja.
Pihaknya juga tidak akan menggunakan nama individu, nombor telefon bimbit persendirian ataupun bahasa meragukan.
----
Lebih 20,200 pengundi di Dun Nenggiri keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat baharu hari ini.
20 pusat mengundi dibuka sejak 8 pagi tadi dan akan ditutup secara berperingkat antara jam 2 hingga 6 petang.
----
Kerajaan Melaka umum beri bantuan khas rebat air secara percuma kepada lebih 1,500 penduduk terjejas banjir kilat di Alor Gajah baru-baru ini.
----
Remaja perempuan berusia 16 tahun dilapor hilang sejak semalam selepas keluar dari rumah keluarga di Alor Setar.
----
Seorang warga asing lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam kes samun sebuah kedai askrim di Taman Sri Muda Shah Alam.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca