← Back to list
UPNM Laksana 8 Mekanisme Cegah Kes Buli
Nov 14, 2024
Kementerian Pertahanan laksana 8 mekanisme untuk cegah dan tangani kes buli di Akademi Latihan Ketenteraan, UPNM.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antaranya pemeriksaan fizikal berkala bagi kesan sebarang kecederaan disebabkan buli atau dera.
Kadet atau penuntut universiti itu juga akan diberi ruang untuk melaporkan sebarang kejadian atau kes buli tanpa rasa takut.
MINDEF turut rancang tambah bilangan CCTV bagi kesan aktiviti yang mencurigakan di blok penginapan daripada 7 yang telah dipasang Februari tahun lalu.
Ini susulan kes buli diberitakan masih berlaku di UPNM selepas seorang siswa melecur ditekap seterika panas manakala seorang lagi cedera tulang rusuk dan belakang dipijak penuntut senior.
---
Rakyat Malaysia dilihat masih kurang peka tentang keselamatan dalam talian.
Ini selepas kajian satu perkhidmatan menyimpan kata laluan global mendapati, lebih 14,300 rakyat negara ini guna kata laluan ‘123456’.
Data itu dikumpul dari sumber yang terbuka kepada awam dan dalam dark web tanpa libat data peribadi atau pembelian data.
---
Kementerian Pendidikan akan perkenal elemen TVET bermula dari Tahun 1 di sekolah rendah.
Ia akan dibuat melalui pembelajaran bersepadu yang gabung pelbagai disiplin ilmu dalam bidang antaranya Sains, Teknologi, Digital, Seni Visual dan Muzik.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca