← Back to list
Sistem Mesej Pelbagai, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Nov 21, 2024
Semua khidmat Sistem Mesej Pelbagai atau papan iklan LED di bawah seliaan DBKL akan memaparkan status semasa cuaca dan amaran kemungkinan banjir kilat bermula esok.
Jelas Menteri Wilayah Persekutuan, ia bagi memastikan rakyat khususnya penduduk KL dapat bersedia dan ambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Tambah Dr Zaliha Mustafa, jawatankuasa itu akan mengaktifkan bantuan bagi tempoh kurang setengah jam daripada waktu menerima amaran awal banjir.
__
Sementara itu, lubang benam di Jalan Masjid India bukan berpunca daripada banjir kilat di Kuala Lumpur.
Menteri Wilayah Persekutuan berkata beberapa kejadian berlaku adalah secara kebetulan ketika hujan lebat.
Tambah Dr Zaliha Mustafa, DBKL juga telah menjalankan kajian struktur tanah di kawasan itu dan ia berada di peringkat akhir kajian.
__
Dalam perkembangan lain, Kerajaan Johor sedang meneliti cadangan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia susulan pelaksanaan cuti hujung minggu yang diubah semula kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari depan.
__
Dan Selangor bakal laksanakan penyelarasan kadar gaji minimum kepada RM1,700 bermula pada tahun depan seiring dengan pelaksanaannya di peringkat Persekutuan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca