← Back to list
Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah
Nov 22, 2024
Seorang pegawai kadet UPNM didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dipercayai terlibat kes buli pelatih junior bulan lalu.
Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah.
Terdahulu, satu kejadian buli dilaporkan di UPNM membabitkan pelatih tahun dua yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang.
Kejadian dilaporkan 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang pelajar tahun dua universiti berkenaan ditekap dengan seterika oleh pelajar tahun empat.
__
29 kematian jalan raya dilaporkan di seluruh negara semalam, menyamai rekod jumlah kematian harian tertinggi di luar musim perayaan.
Ini adalah kali ketiga jumlah tersebut dicatat sejak PDRM mula mengeluarkan statistik harian pada bulan Mac.
Sebagai rekod, jumlah kematian harian tertinggi adalah 35, yang berlaku semasa musim perayaan Aidilfitri.
__
Malaysia mengalu-alukan keputusan kerajaan dari seluruh dunia yang memperakui waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya.
Perdana Menteri turut sifatkan waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa itu sebagai kemenangan kepada mereka yang menegakkan keadilan.
Tambah Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan itu amat wajar kerana ia dibuat berdasarkan undang-undang dan bukti.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca