← Back to list
Kemasukan Pelajar Ke IPTA: Tiada Isu Diskriminasi Kaum
Nov 25, 2024
Kecemerlangan akademik atau merit menjadi kayu ukur untuk kemasukan pelajar ke IPTA di seluruh negara.
Kementerian Pendidikan Tinggi tegaskan isu perkauman tidak seharusnya dibangkitkan jika gagal mendapat tempat di universiti awam.
Tambahnya, isu ini sering berlaku susulan permohonan tinggi dalam kursus kritikal seperti perubatan, farmasi dan pergigian namun penempatannya adalah terhad.
Terdahulu, ada pihak membangkitkan ada pelajar cemerlang yang gagal dapat tempat di IPTA.
.....
Kerajaan Persekutuan nafi kenakan sebarang sekatan terpilih berkaitan royalti minyak kepada Terengganu.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan akan terus salur bantuan kepada negeri berkenaan seperti Wang Ihsan.
Tambahnya, dakwaan itu adalah tidak benar dan kerajaan akan pastikan dana yang disalurkan itu sampai terus kepada projek yang terlibat.
.....
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Korea Selatan, untuk lawatan rasmi selama 3 hari.
.....
Sarawak dijangka mengambil alih syarikat penerbangan MASWings bulan depan untuk promosikan negeri itu kepada komuniti perniagaan dan pelancong.
.....
Bomba maklumkan kira-kira 6 ribu pegawai dan anggota di 5 negeri termasuk di Terengganu dan Sarawak akan dibekukan cuti jika situasi banjir berada pada tahap kritikal.
.....
Dan kira-kira 160 mangsa banjir direkodkan di Kelantan, Terengganu, Johor dan Selangor yang masih berlindung di PPS di negeri masing-masing setakat ini.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca