Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Tidak Perlu Terburu-Buru Laksana Syarat Tambahan Pembaharuan Lesen Memandu Warga Emas - Anthony

Nov 26, 2024


Kerajaan tidak akan terburu-buru untuk laksanakan syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas. 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata perkara itu perlu diteliti dengan lebih mendalam sebelum sebarang keputusan dibuat. 

“Kita kena lihat kebaikan dan keburukan sekiranya syarat tambahan diletakkan. Kita menerima baik cadangan dan laporan tersebut tetapi ianya perlu diteliti dengan lebih lanjut. Jadi apa-apa syarat tambahan ini, kita akan sentiasa berhati-hati supaya tidak memberikan implikasi negatif apabila syarat baharu dikenakan.”

Sebelum ini, cadangan penilaian kompetensi dan kesihatan disyorkan kepada warga emas yang ingin memandu susulan peningkatan kes kemalangan jalan raya babitkan golongan itu. 

..... 

Majlis Keselamatan Negara putuskan pintu sempadan Malaysia-Thailand akan dibuka seawal 6 pagi bermula 1 Disember ini. 

Polis Kelantan berkata arahan berkenaan bertujuan memudahkan pelajar yang menetap di Golok, Thailand untuk bersekolah di Rantau Panjang. 

Bagaimanapun pihaknya tegaskan pelajar terlibat hanya boleh gunakan laluan yang diwartakan dan dilarang melalui pangkalan haram Sungai Golok. 

Terdahulu, media melaporkan hampir 500 murid dan pelajar dari Thailand guna pangkalan haram bagi merentasi Sungai Golok setiap hari untuk bersekolah di Malaysia. 

..... 

Kementerian Pendidikan minta media mainkan peranan untuk sampaikan maklumat kepada orang ramai berhubung pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027. 

Pihaknya berkata KPM akan sentiasa menyampaikan maklumat dari masa ke semasa berhubung pelaksanaan kurikulum berkenaan. 

.....

Dalam pada itu, kerajaan tidak berhasrat untuk benarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati subsidi RON95. 

Kementerian Ekonomi berkata subsidi itu hanya akan dinikmati sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. 

..... 

Polis sudah ambil keterangan seorang pensyarah yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini. 

..... 

Sementara itu, polis sedang siasat punca kematian mengejut seorang lelaki warga asing dalam tahanan di KLIA 1 pada Sabtu lalu. 

..... 

Dan UMNO maklumkan penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditarik balik serta merta berkuat kuasa semalam. 

Terdahulu, Tajuddin digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 atas kesalahan mengkritik parti. 

 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca