Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Amaran Hujan Berterusan Naik ke Tahap Bahaya

Nov 26, 2024


MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap  bahaya bagi sejumlah kawasan di Terengganu dan Pahang sehingga Jumaat ini. 

Sementara itu, amaran hujan tahap buruk turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan lain di 2 negeri berkenaan juga di Kelantan, Kedah, Perak dan Johor. 

Ketika ini kira-kira 100 mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Johor sedang berlindung di PPS.  

Dalam perkembangan berkaitan, 13 bukit dikenal pasti sebagai lokasi tempat perpindahan jika berlaku banjir besar yang turut menenggelamkan PPS di Gua Musang, Kelantan. 

Menurut Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana daerah, inisiatif itu diambil susulan banjir besar pada 2014 yang menyebabkan penduduk terpaksa menyelamatkan diri ke atas bukit.  

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah sedia 5 dewan peperiksaan gantian jika sekolah yang dijadikan pusat peperiksaan SPM 2024 ditenggelami banjir. 

--- 

Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa beri tumpuan kepada isu kesihatan mental murid sekolah terutama melibatkan mangsa buli. 

Justeru ujar Menterinya, beberapa modul dilaksanakan untuk kenal pasti jika terdapat murid mengalami gangguan emosi dan psikologi antaranya saringan minda sihat setiap tahun. 

Fadlina Sidek juga memaklumkan, langkah KPM mansuh pembelajaran berorientasikan peperiksaan turut bertujuan bantu mengurangkan tekanan ke atas pelajar.  

Dalam perkembangan berkaitan, PDRM bimbang dengan penglibatan murid sekolah dalam kegiatan jenayah termasuk kes buli dan gangsterisme.  

Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini sahaja, hampir 240 murid terlibat jenayah kekerasan seperti mencederakan, ugutan jenayah, gaduh gempar dan khianat. 

Dalam tempoh sama juga hampir 800 murid dilapor jadi mangsa jenayah perkosa

--- 

Hampir 630,000 akaun pengguna TNB telah dipotong dengan jumlah tunggakan lebih RM1 bilion sehingga September lalu. 

Menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, angka itu lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu kira-kira 464,000 akaun pengguna 

5 negeri merekodkan jumlah akaun dan tunggakan tertinggi bagi tahun lepas ialah Selangor, Terengganu, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. 

Antara puncanya ialah kekangan kewangan, sikap tidak bertanggungjawab dan sikap sambil lewa.  


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca