Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Banjir: Calon SPM Terjejas Diberi Kelonggaran

Dec 01, 2024


Menteri Pendidikan mengumumkan, peperiksaan SPM di negeri-negeri yang terjejas banjir tidak akan ditangguhkan.  

Fadlina Sidek berkata demikian dalam sidang media khas KPM berhubung pengurusan bencana banjir dan persiapan peperiksaan SPM hari ini. 

Beliau memaklumkan hampir 4,300 calon SPM 2024 di Kelantan, Terengganu dan Kedah terkesan dengan bencana alam tersebut dan mereka ditempatkan di asrama. 

Beliau turut memberitahu, urusan memindahkan baki pelajar yang belum ditempatkan di asrama akan diselesaikan hari ini.  

Calon SPM terjejas banjir juga diberi kelonggaran untuk tidak memakai seragam sekolah dalam peperiksaan berkenaan yang akan bermula esok.

Jumlah mangsa banjir kini sudah melebihi 151,000 dengan 5 negeri terus catat peningkatan. 

Kelantan kekal merekodkan angka paling tinggi iaitu melebihi 97,000 orang diikuti Terengganu lebih 41,000. 

Kedah pula mencecah 9,000, Negeri Sembilan 1,900 dan Johor lebih 650. 

---- 

Timbalan Perdana Menteri menasihatkan semua pihak terus waspada dengan banjir yang melanda negara ketika ini.  

Ia memandangkan banjir yang melanda negara ketika musim tengkujuh ini dijangka lebih teruk berbanding bah kuning pada 2014.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga ucap takziah kepada keluarga remaja 2 beradik yang maut akibat tragedi tanah runtuh yang menimpa rumah mereka di Hulu Terengganu.  

Susulan itu, pihak berkaitan telah diarah lebih giat pantau kawasan berisiko bagi elak kejadian tanah runtuh sepanjang musim tengkujuh ini. 

Beliau juga memaklumkan kerajaan sudah mula salur secara berperingkat bantuan tunai 1,000 ringgit kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas banjir.  

---  

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedia beri khidmat nasihat serta rundingan kepada majikan dan pekerja yang terkesan banjir. 

Mereka yang terjejas bencana alam itu boleh berhubung terus dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi mendapatkan nasihat berkaitan penyelarasan jadual waktu kerja, gaji dan cuti.  

Menurut KESUMA tindakan berkenaan perlu dalam usaha mengekalkan kefahaman dan memudah cara antara majikan dan pekerja sewaktu berdepan krisis. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca