← Back to list
MET Malaysia Guna Teknologi Tinggi Ramal Banjir
Dec 03, 2024
MET Malaysia kini guna Sistem Pengkomputeran Berprestasi Tinggi bagi melakukan ramalan cuaca.
Ujar Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, sistem itu membolehkan risiko bencana cuaca diramal 14 hari lebih awal berbanding 7 hari ketika ini.
Menurut ramalan MET Malaysia, penumpuan angin dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula petang ini hingga awal pagi esok.
Keadaan itu berpotensi menyebabkan ribut petir dan hujan lebat dalam tempoh tersebut.
Luruan monsun pula dijangka bermula pada 8 hingga 14 Disember dan berpotensi membawa hujan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh itu.
Dalam perkembangan berkaitan, fokus Bomba kini tertumpu kepada beberapa siri hujan lebat yang dijangka berlaku khasnya pada penghujung bulan ini.
Ketua Pengarah berkata kepada Kosmo, ini kerana menurut ‘track record’ beberapa tahun sebelum ini, tragedi banjir dan bencana alam biasa berlaku selepas 18 Disember.
Sementara itu khidmat helikopter PDRM dan Bomba akan jadi alternatif untuk hantar bekalan makanan dan keperluan kepada mangsa banjir.
Pusat Kawalan Operasi Bencana Gua Musang memaklumkan Astro Awani, cara itu akan jadi pilihan jika berlaku banjir besar pada gelombang kedua di daerah itu nanti.
Dalam pada itu kira-kira 93,000 mangsa banjir kini ditempatkan di lebih 400 PPS di 8 negeri.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca