← Back to list
Sebanyak RM392 bilion diperlukan untuk penyelesaian banjir
Dec 05, 2024
Kerajaan memerlukan sebanyak RM392 bilion untuk menyediakan perancangan dan penyelesaian banjir secara menyeluruh.
Namun Timbalan Perdana Menter, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peruntukan kerajaan tidak akan mencecah jumlah sebanyak itu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai pembangunan infrastruktur tebatan banjir dan pelaburan yang telah diusahakan sejak dari dahulu.
__
Kementerian Pendidikan ambil tanggungjawab penuh mengenai kebimbangan terhadap aspek psikososial dan psikologi calon SPM yang terjejas banjir.
Barisan kaunselor daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling di bawah KPM dan JKM ditempatkan di PPS untuk memastikan aspek emosi calon SPM tidak terkesan.
Sementara itu, ia sahkan lebih 7,000 calon SPM masih berlindung di PPS seluruh negara
__
MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh Perlis, Kelantan, Terengganu serta sejumlah kawasan di Kedah, Perak, Pahang dan Johor bermula 8 hingga 11 Disember.
__
Dan suami kepada pelakon, Zahnita Wilson mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca