← Back to list
KDN Dan Pelbagai Agensi Bekerjasama Pulihkan Fahaman Pengikut GISB
Dec 07, 2024
Kementerian Dalam Negeri bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk memulihkan fahaman pengikut GISB.
Pihaknya berkata usaha itu dilakukan agar pengikut berkenaan tidak kembali kepada fahaman yang telah difatwakan sebagai sesat.
Tambahnya, perkara itu juga ditekankan oleh Perdana Menteri untuk laksanakannya secara berterusan dan bukannya bermusim.
.....
Dalam pada itu, kerajaan tegaskan pelaksanaan PLKN 3.0 pada tahun depan telah melalui kajian yang terperinci.
Kementerian Pertahanan berkata konsep dan format baharunya menunjukkan hasil yang positif terhadap patriotisme dan perpaduan belia.
Pihaknya berkata demikian selepas beberapa pihak gesa kerajaan supaya tidak meneruskan pelaksanaan PLKN 3.0.
.....
Sebuah syarikat keselamatan siber beri amaran kepada orang ramai berhubung tawaran Telegram Premium palsu yang tersebar di seluruh dunia.
Pihaknya berkata penipuan ini menyasarkan pengguna dengan tujuan mencuri maklumat akaun atau merosakkan peranti.
.....
Dan kira-kira 10 ribu mangsa banjir direkodkan di 6 negeri ketika ini dengan Terengganu pulih sepenuhnya daripada banjir.
.....
Astro Radio telah lancarkan tabung derma ‘Kami Care Misi Banjir’ untuk bantu mangsa-mangsa banjir. Dermakan barangan seperti lampin, kelengkapan mandian, makanan kering dan wang di tempat letak kereta berbumbung Lotus Cheras, hari ini!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca