← Back to list
7 Negeri Dijangka Terjejas Gelombang ke-2 Banjir
Dec 08, 2024
Pahang dan Johor diramal antara 7 negeri yang dijangka terjejas ekoran gelombang ke-2 banjir dalam tempoh 2 minggu bermula hari ini.
Namun ujar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, agihan aset dan petugas sudah mula diatur dan digerak ke kawasan yang dijangka terlibat.
Kelmarin MET Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada membabitkan 7 negeri bermula hari ini hingga 11 Disember.
Dalam perkembangan berkaitan, KPM telah mengaktifkan SOP Ops Payung bagi memastikan Ujian Amali Sains SPM yang dijadual pada esok, Selasa dan Khamis nanti lancar.
Ia melibatkan semua negeri Pantai Timur, Johor, Perlis, Kedah dan Perak ekoran gelombang ke-2 banjir mungkin melanda 7 negeri bekenaan.
Sementara itu kira-kira 3,800 mangsa banjir di 5 negeri masih berlindung di PPS majoritinya di Kelantan, diikuti Kedah dan Johor.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah kesan lebih 10,200 penyakit bawaan air di PPS di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.
Antara penyakit berkenaan ialah jangkitan pernafasan akut, jangkitan kulit, cacar air dan HFMD namun semua kes stabil.
Pihaknya juga minta orang ramai peka arahan pihak berkuasa dan ambil amal penjagaan kesihatan kendiri bagi cegah penularan penyakit berjangkit, kemalangan dan kecederaan semasa musim tengkujuh ini.
Pesakit pula diminta mendapatkan rawatan segera daripada pasukan perubatan di PPS atau fasiliti perubatan kesihatan yang berhampiran.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca