← Back to list
Banjir: KPM Gesa Pihak Sekolah Bersihkan Sekolah Sebelum Digunakan Semula
Dec 09, 2024
Kementerian Pendidikan tegaskan semua sekolah yang terjejas banjir perlu dibersihkan sebelum sesi pembelajaran fizikal disambung semula.
Pihaknya berkata perkara itu untuk memastikan keselamatan warga sekolah terjamin dan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan lebih kondusif.
Dalam perkembangan berkaitan, KPM berkata pihaknya masih kumpul maklumat daripada semua sekolah yang terkesan banjir untuk lakukan anggaran kerugian secara keseluruhan.
.....
Sementara itu, kira-kira 600 mangsa banjir direkodkan di 6 negeri.
Kedah catat jumlah tertinggi dengan lebih 300 mangsa, diikuti Perak dengan lebih 100 mangsa.
Baki kira-kira 180 mangsa berada di Johor, Kelantan, Melaka dan N. Sembilan.
.....
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan belum peroleh statistik kerugian ekoran banjir yang melanda negara baru-baru ini.
Namun pihaknya telah arahkan PBT seluruh negara bantu NADMA untuk kumpul maklumat tersebut.
.....
Dalam perkembangan lain, bantuan kemanusiaan daripada Pakistan selamat mendarat di Malaysia untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara.
.....
Malaysia tidak berhasrat membuat sebarang pindaan atau wujudkan akta baharu untuk hadkan umur pengguna media sosial seperti yang dilakukan Australia.
Bagaimanapun Kementerian Komunikasi tegaskan penyedia platform media sosial perlu sentiasa patuh dan bertindak mengikut garis panduan had umur yang telah ditetapkan.
.....
Kerajaan maklumkan perkhidmatan feri ekspres Labuan-Kota Kinabalu akan beroperasi semula 15 Disember ini selepas hampir tiga tahun dihentikan susulan pandemik COVID-19.
.....
Pihak berkuasa maklumkan kesemua pintu automatik di Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar kembali beroperasi selepas alami kegagalan operasi semalam.
.....
Dan Wisma Putra maklumkan kesemua rakyat Malaysia di Syria dilaporkan selamat dan akan terus pantau rapat perkembangan konflik di negara itu.
Ia susulan presidennya Bashar Al Assad dilaporkan letak jawatannya dan tinggalkan negara itu selepas digulingkan pasukan pemberontak yang kini menguasai ibu kota Damsyik.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca