← Back to list
KKM mula siasatan dakwaan hospital swasta tahan jasad bayi 2 minggu
Dec 11, 2024
Kementerian Kesihatan memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta menahan jasad bayi yang meninggal dunia selama dua minggu.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menasihati semua bertenang memandangkan pihak berkenaan sudah pun dikerahkan untuk menjalankan siasatan.
Terdahulu, Hospital Bersalin Razif tampil menafikan dakwaan berkenaan hanya kerana ibu bapa bayi itu gagal menjelaskan bil.
Sebaliknya, pihak hospital memberi kebenaran untuk mengebumikan jenazah bayi tersebut sebelum bayaran dibuat.
Isu tersebut hangat diperkatakan susulan perkongsian Unit Khas Van Jenazah berhubung pengurusan jenazah bayi lelaki yang disimpan di peti sejuk sebuah hospital swasta di Klang viral di media sosial.
__
Kerajaan disaran memantau tahap kebersihan di pusat pemindahan sementara dengan meneliti keperluan fasiliti sanitasi mangsa serta memastikan kemudahan asas berfungsi baik.
Pakar kesihatan awam UPM, Profesor Madya Dr Malina Osman memberitahu Astro Awani, air bersih perlu dibekalkan bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit dalam kalangan mangsa.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan sahkan enam penyakit bawaan air dikesan di pusat perlindungan sementara setakat Isnin lalu.
__
Dan, filem terbitan Astro Shaw Kahar: Kapla High Council raih kutipan mencecah RM10 juta sejak ditayangkan 28 November lalu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca