← Back to list
MARA Tak Pilih Bulu!
Dec 12, 2024
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar daripada 2 digit kepada 1 digit.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia hasil tindakan susulan yang diambil terhadap peminjam ingkar.
Tindakan yang dimaksudkan adalah tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah tegaskan, MARA tidak pilih bulu dalam mengambil tindakan, kerana ia adalah wang rakyat yang diperoleh daripada pembayar cukai.
Baru-baru ini Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilapor menegur peminjam institusi itu yang dilihat sengaja tidak bayar pinjaman namun memperagakan kemewahan.
---
Program Siswa Sulung tidak terhad kepada pelajar daripada keluarga B40 sahaja.
Ujar Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, golongan M40 yang kurang berkemampuan juga boleh terima manfaat program itu.
Program Siswa Sulung dikhususkan untuk anak pertama daripada keluarga kurang berkemampuan yang berjaya melanjutkan pengajian ijazah pertama di Universiti Awam.
Setakat ini ia beri manfaat kepada lebih 1,900 siswa.
---
Lebih 24,000 anggota bomba siap sedia hadapi gelombang kedua banjir.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata pasukan itu sudah pun berada di lapangan.
Sementara itu hampir 4,000 mangsa banjir di Terengganu, Pahang, Perak dan Johor kini berlindung di PPS.
---
PLKN 3.0 yang akan dijalankan secara percubaan bulan depan beri keutamaan kepada pelajar yang pernah sertai aktiviti kadet sekolah.
Terdahulu Kementerian Pertahanan beritahu, latihan percubaan itu akan babit 200 pelatih lelaki secara sukarela dan berlangsung selama 14 hari bermula 12 Januari.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca