← Back to list
SOP baharu banjir: Sekolah terjejas banjir akan dibekal kerusi, meja plastik elak kerugian, kemusnahan
Dec 12, 2024
Kementerian Pendidikan akan perkenalkan prosedur operasi standard baharu kepada sekolah yang terjejas banjir bermula tahun hadapan.
Ketua Setiausahanya berkata ia termasuk menyediakan kelengkapan seperti kerusi dan meja plastik.
Jelasnya, ia adalah usaha KPM bagi mengurangkan risiko kerugian dan kemusnahan dihadapi sekolah yang terjejas akibat bencana itu.
Selain itu, peruntukan segera kepada mana-mana sekolah yang alami kerosakan akibat banjir akan disalurkan agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar.
__
Sementara itu, KPM turut beri jaminan peperiksaan SPM dapat berjalan dengan lancar ketika negara dijangka menghadapi gelombang banjir Monsun Timur Laut.
Pihaknya bersiap sedia sepenuhnya bagi memastikan semua calon dapat menduduki peperiksaan itu dengan selamat.
__
Kerajaan bercadang mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang disabitkan dengan kes penderaan kanak-kanak.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pihaknya sedang membincangkan cadangan untuk menaikkan denda sepuluh kali ganda kepada RM100,000.
Tambah Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, kementerian sentiasa berbincang dengan pihak berkepentingan mengenai perkara itu.
__
Dan, pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming sahkan terkena jangkitan bakteria E.Coli sehingga dirinya mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Namun kini dia sudah stabil dan keluar daripada hospital.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca