← Back to list
Banjir : Patuh Arahan Pihak Berkuasa
Dec 15, 2024
Banjir : Patuh Arahan Pihak Berkuasa
Patuhi arahan pihak berkuasa.
Itu nasihat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada penduduk di kawasan berisiko banjir terutamanya dalam cuaca tidak menentu akibat peralihan Monsun Timur Laut ketika ini.
Datuk Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Terdahulu, MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Perak dan negeri-negeri Pantai Timur mulai esok hingga Khamis ini.
Sementara itu, JPS meramalkan lebih 20 kampung dan sebuah pekan berhampiran Sungai Golok di Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli dijangka alami banjir mulai esok hingga Rabu.
Surat tawaran haji dijangka keluar esok
Surat tawaran menunaikan ibadah haji untuk tahun depan dijangka akan dikeluarkan esok.
Menteri Hal Ehwal Agama berkata ia akan dikeluarkan kepada jemaah terpilih selepas majlis pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan haji.
Untuk rekod, bagi tahun ini, kadar bayaran bagi jemaah haji muassasah kumpulan B40 yang tunaikan ibadah itu buat kali pertama ditetapkan pada RM12,356 seorang.
KKM rancang perkenalkan 'Good Samaritan'.
Kementerian Kesihatan rancang untuk perkenalkan Undang-undang 'Good Samaritan'.
Jelas Menteri Kesihatan, ia merupakan perlindungan undang-undang bagi individu yang bantu orang lain dalam situasi kecemasan tanpa rasa takut akan disaman kerana kecederaan yang tidak disengajakan semasa membantu.
Tambah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, beliau akan membangkitkan perkara itu pada Mesyuarat Pasca Kabinet pertama minggu depan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca