Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Dewan Negara Luluskan Dua RUU Tangani Buli

Dec 17, 2024


Dewan Negara luluskan pindaan Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah 2024 untuk tangani segala bentuk buli. 

Ini termasuk Fasal Esha yang diperkenalkan untuk hukum pesalah yang timbulkan ancaman bahaya kepada mangsa termasuk ugutan, hinaan dan fitnah. 

Pindaan itu juga akan mudahkan PDRM siasat dan dakwa pelaku termasuk ketetapan waran tangkap, jaminan, kompaun, dan hukuman maksimum bagi kesalahan jenayah buli. 

..... 

Kerajaan secara puratanya akan belanjakan 64 ringgit sehari bagi setiap peserta PLKN 3.0 yang bermula bulan depan. 

Kementerian Pertahanan berkata kos itu merangkumi perbelanjaan untuk makan dan minum, penginapan dan keperluan lain sepanjang tempoh latihan itu dilaksanakan. 

..... 

Selangor akan salurkan sumbangan 500 ribu ringgit kepada kerajaan Kelantan sebagai bantuan sokongan susulan banjir bulan lepas. 

Pihaknya berkata perkara itu akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri esok untuk dimuktamadkan. 

..... 

Dalam perkembangan lain, Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga hari ini susulan fenomena air pasang besar dan hujan lebat berterusan yang diramal sehingga Khamis ini.  

..... 

Sementara itu, kira-kira 110 mangsa banjir direkodkan di Sabah dan Johor ketika ini yang masih berlindung di PPS di negeri masing-masing. 

..... 

Dan Kementerian Komunikasi berkata Malaysia rekodkan kerugian kira-kira 1.2 bilion ringgit bagi Januari hingga 1 Disember lalu akibat aktiviti penipuan dalam talian. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca