← Back to list
Datin Seri Rosmah Mansor lepas dan bebas
Dec 19, 2024
Datin Seri Rosmah Mansor akui bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskannya daripada 17 pertuduhan.
Isteri bekas Perdana Menteri itu dilepas dan dibebaskan daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut melepas dan membebaskannya daripada lima pertuduhan gagal isytihar pendapatan kepada LHDN antara 2013 hingga 2018.
Dalam pada itu, Jabatan Peguam Negara akan kemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.
__
Banjir yang melanda negara ketika ini bukan penghalang bagi calon SPM untuk menduduki peperiksaan.
Menteri Pendidikan berkata ini dapat dilihat dengan kehadiran calon SPM di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Tambah Fadhlina Sidek, keputusan untuk tidak menangguhkan Ujian Bertutur Bahasa Melayu ketika itu, adalah sesuatu yang sukar untuk dibuat.
Namun jelasnya, keputusan itu dibuat selepas mengadakan pelbagai sesi libat urus bersama pihak berwajib.
__
Dan, pelawak lelaki yang ditahan kerana miliki dadah disyaki ganja di Cyberjaya Sabtu lalu, disambung reman empat hari bagi bantu siasatan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca