← Back to list
Op Lancar sempena Krismas dan tahun baharu bermula hari ini hingga 2 Januari
Dec 23, 2024
PDRM laksanakan Op Lancar sempena perayaan Krismas dan sambutan tahun baharu bermula hari ini hingga 2 Januari depan.
Menurut Bukit Aman, ia bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan kesesakan dengan tindakan penyuraian di laluan-laluan utama seluruh negara.
Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dan sentiasa peka dengan keadaan persekitaran termasuk cuaca serta maklumat aliran lalu lintas sebelum memulakan pergerakan.
__
Rapid KL akan memperluas pelaksanaan inisiatif koc wanita bagi perkhidmatan LRT laluan Ampang-Sri Petaling bermula 31 Disember ini.
Ini merupakan perkhidmatan ketiga yang memperkenalkan kemudahan ini selepas Laluan Kajang tahun lalu dan Laluan Putrajaya pada April.
Di Laluan Kajang, terdapat penurunan sebanyak 22 peratus bagi insiden gangguan yang tidak diingini babitkan wanita sejak koc wanita dilaksanakan.
Manakala, Laluan Putrajaya menyaksikan penurun kes dengan ketara sebanyak 50 peratus.
__
Mahkamah Tinggi KL menolak saman fitnah oleh Hannah Yeoh terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung ucapannya dalam forum di UiTM, empat tahun lalu.
Keputusan itu dibuat selepas Menteri Belia dan Sukan itu gagal membuktikan kenyataan dibuat oleh Tan Sri Musa itu berunsur fitnah.
Susulan itu, Hannah Yeoh diperintah untuk membayar kos sebanyak RM40,000.
Terdahulu, Hannah Yeoh mendakwa Tan Sri Musa memberi ucapan dengan mengeluarkan kenyataan tidak benar dan dibuat dengan niat jahat serta mencemarkan nama baiknya.
__
Dan, bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya telah selamat lahirkan cahaya mata pertama seorang bayi lelaki.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca