← Back to list
7 Maut Nahas 3 Kenderaan
Dec 24, 2024
Angka korban nahas 3 kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Alor Gajah meningkat kepada 7 orang.
Menurut polis Melaka, lebih 30 cedera dan kini dirawat di hospital.
Difahamkan setakat ini identiti 5 daripada 7 mangsa yang maut sudah dikenalpasti.
Nahas diberitakan berpunca daripada tayar sebuah lori yang tercabut dan berada di lorong tengah lebuh raya itu.
---
Sempena musim perayaan dan cuti sekolah ini PDRM kini melaksanakan Op Lancar sehingga 2 Januari.
Ia bertujuan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.
---
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mempergiat pemantauan jualan dalam talian terutama semasa musim perayaan bagi melindungi hak pengguna.
Sebelum ini Harian Metro melaporkan trend pembelian pakaian untuk musim perayaan secara dalam talian makin meningkat.
Ia turut mencetus beberapa isu antaranya harga tidak adil dan iklan mengelirukan.
Sementara itu polis kesan satu akaun TikTok yang guna suara dan video seorang pakar perubatan terkenal bagi promosi produk ubat tanpa kebenaran.
Ia dipercayai menggunakan AI justeru orang ramai diminta sentiasa waspada dan tidak mudah percaya iklan di media sosial.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca