← Back to list
Nahas ngeri Ayer Keroh: JPJ akan ambil tindakan susulan terhadap syarikat lori, bas – Loke
Dec 24, 2024
JPJ diarah untuk segera menjalankan siasatan terperinci berhubung punca kemalangan yang mengorbankan tujuh nyawa di Melaka.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihak berkuasa akan ambil tindakan susulan terhadap syarikat treler dan bas yang terlibat.
Siasatan awal mendapati nahas berkenaan berpunca daripada tayar sebuah treler yang tercabut dan berada di lorong tengah lebuh raya itu.
Sebuah bas persiaran terbabit mengelak lalu terbabas dan merempuh tiga kenderaan lain dari arah bertentangan.
Sementara itu, Polis Melaka sahkan kesemua tujuh mangsa yang maut dalam nahas berkenaan sudah dikenal pasti.
__
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berduka cita dan ucap takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas berkenaan.
__
Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia jangkakan aliran trafik yang sesak sehingga lewat malam hari ini susulan cuti perayaan Krismas dan cuti hujung tahun.
Peningkatan itu dijangka akan berlaku ekoran hari ini merupakan hari terakhir pemberian tol percuma oleh kerajaan.
Untuk laporan info trafik, anda boleh layari laman media sosial rasmi Astro Radio Traffic.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca