← Back to list
3 Negeri Dijangka Banjir
Dec 27, 2024
5 bahagian di Sabah antaranya Kudat, Sandakan dan Pantai Barat diramal berlaku banjir.
JPS memaklumkan, ia susulan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan MetMalaysia selama 3 hari bermula esok.
Ramalan banjir turut melibatkan Terengganu dan hampir semua jajahan di Kelantan susulan ramalan cuaca sama untuk 3 hari bermula Ahad ini.
Justeru penduduk di kawasan berisiko diminta waspada dan peka dengan cuaca dan arahan semasa pihak berkuasa.
---
Majlis Peguam Malaysia gesa kerajaan Terengganu dan Persekutuan pertimbang semula amalan hukuman sebat di khalayak ramai untuk pesalah syariah.
Presidennya minta undang-undang yang membenarkan hukuman itu disemak dan dipinda kerana ia dianggap melucutkan maruah individu.
Sementara itu Dewan Ulamak PAS Pusat mengingatkan SUHAKAM agar tidak buat kenyataan yang boleh cetus salah faham rakyat berkenaan hukuman tersebut.
Tegasnya, pelaksanaan hukuman sebat di bawah Mahkamh Syariah itu berpandukan lunas perundangan yang jelas serta berprinsip mencegah dan beri iktibar.
Ia merujuk kepada hukuman sebat di khalayak ramai yang akan dikenakan terhadap seorang lelaki di Kuala Terengganu hari ini kerana kesalahan khalwat berulang.
Terdahulu polis negeri itu memaklumkan, hanya 70 orang dibenarkan berada ruang hukuman ketika ia dijalankan dan tiada sebarang rakaman dibenarkan.
---
JPJ laksana operasi khas sita dan lucut hak terhadap kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan.
Ia susulan beberapa siri kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya membabitkan kenderaan berkenaan.
Baru-baru ini, 7 maut dan lebih 30 cedera dalam nahas 3 kenderaan di Melaka dipercayai berpunca daripada tayar treler tercabut.
---
Pensyarah dan penuntut Universiti Malaya (UM) serta aktivis haiwan antara 7 individu yang dirakam keterangan berhubung kes kematian kucing di universiti itu baru-baru ini.
Polis KL memaklumkan, proses bedah siasat ke atas bangkai haiwan berkenaan juga akan dilakukan hari ini.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca