Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

"Lorong Tikus" Beri Cabaran

Dec 31, 2024


Kewujudan 'lorong tikus' di sempadan Malaysia-Thailand merupakan antara cabaran besar dalam menangani jenayah rentas sempadan.  

Namun Kementerian Dalam Negeri tetap komited perkukuh kawalan dan keselamatan sempadan di seluruh negara demi kesejahteraan rakyat.  

KDN juga sedang cari penyelesaian menggunakan teknologi yang membabitkan kos lebih rendah berbanding pembinaan tembok di sempadan Malaysia-Thailand. 

Di samping itu, agensi ‘bongsu’ KDN iaitu Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan bakal memulakan operasi mereka di Rantau Panjang, Kelantan. 

---  

JPJ melaksanakan Op Mengejut Puspakom di seluruh negara. 

Ia bagi memastikan setiap kenderaan diperiksa mematuhi piawaian yang ditetapkan. 

Operasi itu lanjutan daripada fasa pertama iaitu sekatan jalan raya yang dilakukan JPJ di lebuh raya terpilih.  

Dalam pada itu Puspakom sahkan 2 kakitangannya di KL dipanggil untuk beri keterangan kepada JPJ hari ini.  

Namun Puspakom tidak menjelaskan sebab kedua-dua kakitangannya itu diarah berbuat demikian. 

--- 

Banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa turun kepada 520 orang. 

Namun banjir kembali melanda Johor dan Selangor dengan terkini lebih 70 penduduk di 2 negeri itu dipindahkan ke PPS.  

Sementara itu hujan dan ribut petir dijangka melanda kebanyakan negeri pada pagi dan petang tahun baru esok.  

--- 

Setelah hampir 3 dekad, Menara KL akan menghidupkan semula sambutan ambang Tahun Baru 2025 dengan persembahan bunga api berskala mega!  

2 pertunjukkan bunga api tersebut akan dilancarkan pada ketinggian lebih 307 meter dan 401 meter dari paras laut untuk mencipta rekod pertunjukan bunga api tertinggi dalam Malaysia Book of Record. 

 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca